Global March To Jerusalem(GMJ) ini adalah inisiatif untuk membebaskan Jerusalem dari cengkaman Israel.Program yang akan berlangsung pada 30hb Mac 2012 ini akan disertai oleh 22 buah negara seluruh dunia.Negara haram Israel didirikan semenjak 1948 hakikatnya adalah hasil dari suatu ajaran Zionis yang sesat dinilai dari segi apa jua perspektif agama mahupun dari segi kemanusiaan. Perancangan negara haram Israel sebenarnya berasaskan kedengkian di dalam hati penajanya dan sifat kebinatangan dan keserakahan manusia bertopengkan binatang dan sifat-sifat buruk.
Perancangan peringkat International Central Committee yang dianggotai antara lain Mr. George Galloway, Mr. Zaher Birawi dan ramai lagi dari London,Eropah dan seluruh dunia sudah sekian lama dilakukan dan masanya sudah tiba untuk aktivis kemanusia di setiap negara merancang dan menjayakan apa yang digelar sebagai perancangan global.
Gambaran Bom Fosforus
Oleh itu prilaku pemimpin Zionis dari mula bertapak di bumi suci Palestin hingga sekarang tidak sudah-sudah menyebabkan pertumpahan darah dan kemeranaan orang lain khususnya penduduk Palestin mahupun yang beragama Islam mahupun yang beragama Kristian.Pemimpin Zionis dengan segala bala tentera yang didokong oleh kuasa-kuasa berkepentingan seperti Amerika dan negara-negara sekutu terus-terusan membunuh,mencederakan,menghalau,meroboh kediaman,menghalang rakyat Palestin untuk hidup sebagai manusia biasa.Semua aktiviti rakyat Palestin dihalang,kanak-kanak dinafikan ke sekolah,ibu mengandung dinafikan hak melahirkan anak dengan sempurna,orang sakit dinafikan ubat-ubatan,banyak lagi tindakan biadab rejim Zionis Israel terhadap penduduk asal Palestin.Bagi mencapai matlamat serakahnya, mereka telah berterus-terusan membawa pendatang haram berbangsa Yahudi dari luar negara semenjak 1940′an lagi dan mereka merampas tanah,membina penempatan-penempatan haram untuk pendatang dan membina keperluan perniagaan, kilang,tempat ibadah di atas tanah-tanah milik penduduk Palestin yang sah.
The Global March to Jerusalem adalah suatu inisiatif global.
Ia bertujuan menggerakkan aktivis seluruh dunia untuk mengadakan gerakan perjalanan besar-besaran berjalan dari tanah air masing-masing menuju Jerusalem atau Baitul Maqdis secara serantak.
Program kesedaran dan mendapatkan sokongan dari semua di sekeliling kita harus mula dan terus dijalankan.Kumpulkan seramai mungkin penyertaan orang ramai dalam pelbagai aktiviti kesedaran,ceramah, kempen dan mungkin penyertaan dalam konvoi atau march.Adakan pelbagai aktiviti kesedaran,melalui ceramah,kempen dan kutipan dana untuk perjuangan Palestin.
No comments:
Post a Comment