Eropah kini sedang dilanda musim sejuk yang luarbiasa.Sehingga kini,lebih dari 550 orang telah dilaporkan terkorban.Di Republik Czech,suhu pada waktu malam boleh mencecah -40 Celsius.Di sungai yang dikenali sebagai "Danube Graces";antara Danube di Austria dan Laut Hitam,pihak berkuasa terpaksa menggantung lalulintas sungai di laluan air paling sibuk di Eropah kerana sungai itu telah membeku.Buat pertama kali dalam dekad ini,air dalam Laut Hitam dekat pantai-pantainya telah membeku."Kerch Strait" yang menghubungkan Azov Sea dan Laut Hitam ditutup kepada pelayaran, menyekat lebih 125 kapal di tempat berlabuh.Di bandaraya Buzau,sebuah bandaraya yang terletak kira-kira 100kilometer (60 batu) dari timur laut Bucharest, kira-kira 23,000orang telah diputus hubungan dari dunia luar kerana salji tebal.Salji yang sangat tebal,telah memerangkap 38kampung yang bertempat di sana. Penyiar-penyiar kebangsaan menunjukkan gambar rumah-rumah para penduduk yang tertanam didalam salji,sehingga melepasi aras bumbung rumah.Angka kematian telah meningkat kepada 57 orang sejak bermulanya musim sejuk,akhir januari lalu.
Di Serbia,lebih 70,000 penduduk telah terputus hubungan kerana salji tebal yang telah meliputi Balkans dalam minggu-minggu terakhir ini.Kerajaan Serbia telah mengambil keputusan mengurangkan bekalan tenaga untuk 2,000 syarikat dan menyeru orang awam melalui ucapan televisyen kebangsaan supaya mengurangkan penggunaan bekalan elektrik.Suhu-suhu paling rendah dan salji lebat di Turki menyebabkan lebih daripada 140,000 orang-orang terselamat daripada gempa bumi dan di tempatkan di khemah atau rumah sementara.Itali pula berhadapan suhu paling sejuk dalam tempoh 30 tahun.Pakar Kaji Cuaca Rom pula meramalkan salji setebal 30 sentimeter(11 inci)pada hujung minggu ini.Di Paris pihak berkuasa terpaksa menyapu habuk di bandar-bandar raya.

No comments:
Post a Comment