Naib Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak meneruskan rancangan untuk meningkatkan kekuatan tenteranya di Asia.
Jinping yang dijangka menggantikan Presiden Hu Jintao untuk menerajui kuasa besar Asia itu sehingga 2023 menggesa Washington supaya memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dan beliau berjanji Beijing akan meredakan kebimbangan negara asing mengenai nilai mata wangnya.
Dalam wawancara bertulis dengan akhbar Washington Post semalam, menjelang lawatan beliau ke sini mulai hari ini, Jinping berkata, Lautan Pasifik mempunyai ‘cukup ruang’ untuk China dan AS tetapi negara-negara di Asia menganggap ‘kemakmuran ekonomi’ sebagai agenda terpenting.
“Ketika penduduk serantau mengidamkan keamanan, kestabilan dan pembangunan, rancangan untuk memberi keutamaan kepada agenda keselamatan tentera, meningkatkan penempatan bala tentera dan menguatkan perikatan tentera bukanlah langkah yang diharapkan oleh kebanyakan negara di rantau Asia,” tulis Jinping.
Beliau menyuarakan pendirian China mengalu-alukan peranan membina yang boleh dimainkan oleh AS dalam memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Asia.
“Kami juga berharap AS akan sepenuhnya menghormati dan mengambil kira kepentingan serta kebimbangan negara-negara di Asia Pasifik,” katanya
Xi Jinping dan Obama di White House

No comments:
Post a Comment