Saturday, 3 March 2012

Kampung Untuk Dijual? |

PARIS - Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis.



Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka.
Bernard Guilhem,Penghulu kampung ini

Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran

Restoran terbiar di kampung ini

Kolam Renang untuk dilelong

Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu
Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan.

Rumah

Gereja

Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. - Agensi

No comments: