Thursday, 1 March 2012

Bakal Barua Terbaru Amerika Syarikat |

Korea Utara selepas kematian pemimpin spiritual mereka,Kim Jong II sudah agak tak berapa nak tegas. Korea Utara hari ini mengumumkan akan menangguh ujian nuklear dan program uranium negara itu bagi mendapatkan bantuan makanan dari Amerika Syarikat (AS), kurang tiga bulan selepas kematian pemimpin Kim Jong-Il,dan Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula.

Berdasarkan rundingan dengan AS minggu lalu, rejim yang diketuai anak lelaki Jong-Il, Kim Jong-Un yang gemuk itu, juga berjanji akan menggantung ujian peluru berpandu jarak jauh dan membenarkan kehadiran pegawai pemeriksa nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.Menurut sumber itu, Korea Utara juga bersetuju meletakkan sistem pemantauan lebih ketat dan jelas bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Kim Jong Un

Persetujuan itu dicapai selepas utusan khas AS untuk hak asasi manusia di Korea Utara, Robert King bertemu dengan Ketua Hal Ehwal Amerika Utara di Kementerian Luar Korea Utara, Khamis lalu dan kelmarin di Beijing.


Penggantungan program pengayaan uranium yang mula didedahkan Korea Utara setahun lalu menjadi tuntutan utama Washington sebelum rundingan enam negara dapat berlangsung.Korea Utara berundur daripada forum enam negara yang turut dianggotai China, Russia, Jepun dan Korea Selatan pada April 2009, sebulan sebelum menjalankan ujian nuklear kedua negara itu.


"Pengumuman hari ini adalah langkah pertama ke arah yang betul," kata Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton, kepada jawatankuasa Senat di Washington. "Sudah tentu AS akan sentiasa memerhati dan menghakimi pemimpin baru Korea Utara itu menerusi tindakannya,” katanya.

No comments: