C r u z y O n e B z
Saturday, 3 March 2012
Kampung Untuk Dijual? |
PARIS - Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis.
Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka.
Bernard Guilhem,Penghulu kampung ini
Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran
Restoran terbiar di kampung ini
Kolam Renang untuk dilelong
Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu
Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan.
Rumah
Gereja
Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. - Agensi
Analisis Campur Tangan Kuasa Luar Di Syria |
Krisis di Syria sudah menjangkau hampir setahun.Krisis yang bermula sejak bulan Mac 2011 ini telah mengorbankan sebanyak lebih 8ribu nyawa dan sehingga hari ini,masih belum kelihatan bibit-bibit penyelesaian yang dapat memberikan ketenangan bagi hati-hati yang terus merintih melihat kekejaman yang dilakukan rjim Al-Assad keatas umat Islam di Syria.Keganasan rejim Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya sendiri telah melahirkan pelbagai reaksi dari dalam dan luar Syria.Selain dari kegigihan rakyat Syria yang terus menerus mengadakan demonstrasi meskipun nyawa mereka terancam,telah melahirkan sebuah kumpulan penentang bersenjata seperti Tentera pembebasan Syria ( Free Syrian Army ) yang telah diwujudkan secara rasmi melalui deklarasi di sebuah laman web pada bulan Julai 2011.Selaim dari 2 parti kumpulan bersenjata,2 parti pembangkang juga telah ditubuhkan iaitu Majlis Kebangsaan Syria ( Syrian National Council ) dan Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan ( National Coordination Commitee ).Hakikatnya,krisis di Syria ini bukanlah krisis dalaman yang hanya melibatkan rejim Assad dan rakyat Syria sahaja.Ia sebenarnya merupakan sebuah medan pergelutan antara kuasa-kuasa besar dunia.Penglibatan Amerika Syarikat,Barat,Russia,China dan pelbagai negara lain dalam kancah konflik ini telah menambahburukkan lagi suasana di Syria.Seorang Muslim perlu mengambil tahu dan memahami krisis yang terjadi dan perlu faham akan peranan yang dimainkan oleh kuasa besar seperti AS dan Eropah.Politikus Muslim haruslah melihat konflik ini dengan pemahaman politik yang benar dan dengan suatu pandangan yang khusus,yakni dengan pandangan Islam yang jelas.Pandangan saya kali ini menyajikan sedikit analisis politik mengenai peranan kuasa besar dunia di kawasan yang bergolak ini dan betapa perlunya Syria kepada Khilafah.
Peranan AS Dalam Krisis Di Syria
Pemerintaha Bashar di Syria adalah atas restu AS.Fokus AS kebelakangan ini adalah untuk menyediakan alternatif ( pengganti ) kepada Bashar dan bukan lagi untuk "menyimpan" Bashar.Ini kerana,sebagai pemerintah,Bashar telah gagal menstabilkan kuasanya yang sekaligus bermakna beliau telah gagal untuk memenuhi kepentingan AS di rantau tersebut.AS khuatir sekiranya ia mengarahkan Bashar untuk melepaskan jawatan sebelum ada pengganti yang setia kepada AS,terdapat pihak lain yang mungkin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bashar.Pihak ini mungkin merupakan pemerintah yang ikhlas atau mungkin juga merupakan ejen kepada Eropah,khususnya UK.Oleh yang demikian,AS terpaksa memberikan Bashar peluang dengan apa cara sekalipun untuk kekal di kerusi pemerintahan,sementara AS pada masa yang sama mencari penggantinya yang sesuai.AS sedang berusaha untuk meletakkan pengganti Bashar melalui 2saluran.Pertama,melalui Majlis Kebangsaan Syria dan AS telah "menyerahkannya" kepada Turki secara langsung.Kedua,melalui Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan yang mana AS telah "menyerahkannya" kepada Iran.Namun begitu,kedua-dua entiti ini masih belum mencapai kesepakatan yang membolehkan mereka mengawal keadaan sekiranya kuasa diserahkan kepada mereka sekarang.Oleh yang demikian,AS cuba untuk menggabungkan keduanya melalui sebuah perjanjian kerjasama,dengan harapan perjanjian kerjasama tersebut dapat memberikan mereka momentum yang cukup dan seterusnya memberikan mereka sokongan yang kuat dari rakyat Syria dan juga negara-negara Arab lainnya.
Dalam kes veto oleh pihak Russia di dalam Majlis Keselamatan PBB,ia telah dibuat selepas pertemuan di antara Clinton dan Menteri Luar Russia.Pihak media,beberapa jam sebelum pertemuan tersebut,telahpun mengulas tentang kedudukan Russia yang semakin berlembut sehingga beberapa orang wakil di PBB menyuarakan sikap optimis bahawa Moskow tidak akan menggangu draf resolusi.Namun begitu,sebaik sahaja selesai pertemuan antara Clinton dan Menteri Luar Russia tersebut yang berlangsung di Munich pada 4/02/2012 dan sejurus sebelum undian oleh Majlis Keselamatan pada hari yang sama,nada Russia ternyata telah berubah.Apa yang mungkin telah berlaku adalah seolah-olah Clinton,semasa pertemuan tersebut telah memprovokasi atau melakukan sesuatu sehingga Menteri Luar Russia tidak mengubah posisinya untuk menveto resolusi tersebut-,seolah-olah AS mengarahkan Russia berbuat demikian.
Oleh yang demikian,kita dapat membuat kesimpulan bahawa,sebaik sahaja AS berjaya mendapatkan pengganti,ia akan mengarahkan Bashar untuk berundur dan Bashar tidak akan sanggup untuk mengatakan TIDAK,kerana AS lah yang membawa Assad dan orang-orangnya ke tampuk kekuasaan yang mana selama ini Bashar hanya didokong oleh AS,bukannya oleh rakyat.Oleh itu,sekiranya AS mengarahkan mereka untuk berundur secara serius,mereka tidak boleh menolak.Sehingga masa tersebut tiba,AS memberikan "lampu hijau" kepada Bashar untuk terus melakukan pembunuhan dan kekejaman.Nampaknya,alternatif untuk Bashar sudah semakin dipersiapkan.Pergerakan Majlis Kebangsaan telah menjadi semakin dinamik dan jika AS berjaya mempengaruhi Majlis Kebangsaan ini,maka kemungkinan besar AS akan melepaskan sokongannya terhadap Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan,menciptakan 2 pihak dalam pemerintahan Syria,Majlis Kebangsaan sebagai pihak pemerintah dan Badan Penyelaras Kebangsaan sebagai pembangkang.
Pengaruh Dan Usaha Eropah
Pengaruh dan kekuatan Eropah khususnya Britan dan Perancis di Syria senantiasa dibendung di sepanjang masa oleh pemerintahan Assad.Oleh itu,peluang mereka untuk menggangu perancangan AS di Syria adalah tipis walaupun tidak diragui bahawa mereka telah mampu untuk sedikit sebanyak menggoncang perancangan AS.Secara zahir,memang kita dapat melihat bahawa AS seolah-olah sehaluan dengan Eropah dalam kata-kata namun amat jelas sekali AS tidak konsisten dan mengimplementasi 'kesepakatan kata-kata' ini.
Eropah juga sedang berusaha untuk mempercepatkan penyelesaian krisis kerana mereka sedar bahawa AS sedang sibuk menyediakan pengganti Bashar.Eropah cuba menimbulkan keraguan di dalam hal ini.Sesiapa sahaja yang memerhatikan tindakan Menteri Luar Qatar,Presiden Jawatankuasa Arab untuk Hal Ehwal Syria ( Arab Committee On Syria Affairs ) yang setia kepada Britain dan tindakan Nabil Al-Arabi,Setiausaha Liga Arab yang pro AS,akan dapat melihat perkara ini dengan jelas.Dalam ucapan mereka di New York,Menteri Luar Negeri Qatar begitu lantang dalam ucapannnya manakala Nabil bersikap apologetik di mana dia telah mengulang-ulang kenyataannya seolah-olah dia tahu kenyataannya itu tidak akan dapat memuaskan pendengarnya.
AS dan ejennya merancang dan menggerakkan kakitangan mereka agar melewat-lewatkan pengunduran Bashar bagi membolehkan mereka mempersiapkan pengganti untuknya.Eropah dan ejen mereka pula berusaha memanaskan keadaan dan mencari penyelesaian yang dapat mengekalkan pengaruh mereka di Syria dengan pelbagai cara.Antara usaha yang telah dilakukan oleh Eropah adalah seperti penarikan balik para pemerhati mereka dari negara-negara Teluk,atau melalui cadangan dari Menteri Luar Tunisia,Rafiq Abdul Salam pada 12/02/2012,untuk mengadakan persidangan antarabangsa di Tunisia bertemakan 'Sahabat-Sahabat Syria' pada 24/02/2012.Cadangan ini amat dialu-alukan oleh Arab Saudi dan Qatar.Peranan Eropah di sebalik cadangan ini dapat dilihat dengan jelas melalui petikan oleh Associated Press di mana Michael Mann,jurucakap Menteri Luar Kesatuan Eropah mengatakan bahawa Kesatuan Eropah bercadang untuk memainkan peranan aktif di dalam organisasi Sahabat-Sahabat Syria.
Kesemua usaha ini hakikatnya telah diawali oleh pertemuan Majlis Kerjasama Teluk ( Gulf Cooperation Council ) yang mengeluarkan amaran keras melalui Saud Al-Faisal.Ini disusuli pula dengan pertemuan Menteri-Menteri Liga Arab yang banyak dipengaruhi oleh Majlis Kerjasama Teluk.Apa yang nyata,salah satu dari resolusi yang dikeluarkan adalah untuk meminta Majlis Keselamatan PBB agar menghantar pasukan pengaman,yang telah diluluskan dengan segera oleh Kesatuan Eropah walaupun ia hanyalah satu undangan yang dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan.Walaubagaimanapun,perancangan ini gagal akibat tindakan veto.Semua ini menunjukkan bahawa kelantangan suara Eropah di dalam Liga Arab sudah mula termanifestasi,yang sebelum ini tidaklah seberapa,khususnya dalam keadaan di mana AS tidak percaya bahawa suara Eropah akan diterima kerana Eropah dianggap tidak mempunyai kaedah pelaksanaan yang berkesan.
Mengenai veto yang telah dilakukan oleh Russia dan China,walapun mereka menunjukkan penentangan terhadap inisiatif PBB ini,pengaruh mereka dan pengaruh politik mereka di Syria adalah terlalu lemah untuk memberikan kesan yang besar ke atas suasana politik di Syria,meskipun mereka mempunyai kepentingan ekonomi dan ketenteraan dengan Syria.Asas tindakan mereka memveto resolusi tersebut,khususnya bagi Russia,adalah kerana kekhuatiran berulangnya campurtangan ketenteraan oleh NATO dalam menyelesaikan masalah dalaman negara tersebut.Russia masih lagi terkesan akibat penglibatan NATO di Kosovo.Russia berharap agar NATO tidak akan campurtangan di rantau berkenaan walaupun NATO telahpun melakukan campurtangan di Libya.Tambahan pula,terdapat beberapa kawasan di Russia dan China yang agak 'panas' dan tidak stabil seperti di Kaukasus dan Republik Asia Tengah seperti Turkistan Timur dan Tibet di China.Di dalam keadaan panas ini,kebangkitan sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah boleh berlaku di kawasan-kawasan tersebut.Oleh itu,campurtangan NATO dalam hal ini sememangnya membimbangkan kedua-dua negara tersebut.
Pengumpulan Senjat Oleh Golongan Alawiyyin
Dalam perkembangan terbaru,diberitakan bahawa golongan Alawiyyin mula mengumpulkan senjata di Syria dan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak.Hakikatnya ini adalah tidak lebih dari jamina bagi golongan Alawiyyin untuk mempertahankan diri mereka setelah pengunduran pemimpin mereka.Pengumpulan senjata ini bukanlah bermakna mereka akan mendirikan negara mereka sendiri di tempat mereka tinggal.Ini adalah kerana,sekiranya AS telah meminggirkan mereka,mereka tidak akan dapat mendirikan sebuah negara sendiri walaupun sebahagian dari mereka cuba untuk berbuat demikian.Oleh yang demikian,pengumpulan peralatan senjata tersebut adalah bagi memastika mereka selamat selepas golongan mereka ( Alawiyyin ) tidak lagi memerintah Syria.
Memang benar bahawa golongan Alawiyyin mempunyai cita-cita untuk memerintah negara mereka sendiri yang terpisah dari orang-orang Islam.Mereka pernah meminta dari Perancis agar mereka diberikan sebuah negara yang terpisah selepas kejatuhan Empayar Khilafah Uthmaniyyah.Namun begitu,buat masa ini,cita-cita mereka itu adalah suatu yang tidak mungkin tercapai.
Syria Perlukan Khilafah
Umat Islam di Syria sudah lama menderita di bawah kezaliman rejim Bashar Al-Assad yang diwarisi dari rejim bapanya sebelum itu.Di sepanjang proses kebangkitan yang kita saksikan sekarang,Bashar telah melakukan kekejaman di luar batas kemanusiaan ke atas rakyatnya sendiri.Si Diktator ini terus menerus menyerang dan membunuh rakyatnya tanpa belas kasihan.Dia membedil apa sahaja yang ada dihadapannya tanpa mengira apakah ia seorang wanita yang baru menjadi balu,seorang bayi,mahupun seorang yang telah tua.Kekejamannya telah benar-benar menguji keimanan dan keberanian rakyat Syria.
Namun,di sebalik segala pembunuhan brutal yang dilakukan oleh Al-Assad,kita dapat melihat jauh ke dalam hati para penunjuk perasaan yang tidak mengenal erti takut apatah lagi penat lelah itu,suatu sifat unik yang sungguh memukau.Apakah sifat tersebut?Baik lelaki mahupun wanita di Syria,mereka telah sama-sama memilih jalan kematian daripada menyerahkan diri kepada si zalim tersebut.Tanpa memandang lagi serangan bersenjata oleh tentera Syria yang telah memusnahkan rumah,bangunan,sekolah dan hospital,kaum Muslimin tetap tabah dan bertekad meneruskan protes sehingga mereka melihat si Bashar berundur atau mereka ( kaum Muslimin ) menemui ajal mereka.Mereka tidak lagi akan berpatah balik sehingga jika kematian menjemput mereka sekalipun,mereka sudah yakin bahawa ia adalah kematian yang mulia di sisi Allah SWT.Umat Islam di Syria sudah membuang penyakit wahn ( cinta dunia takut mati ) dari diri mereka.Mereka sudah yakin bahawa syurga itu semakin dekat dengan mereka dan tumpahnya darah mereka itu tidaklah sia-sia selama mana perjuangan mereka adalah semata-mata kerana Allah SWT.
Rakyat Syria benar-benar menginginkan dan memerlukan perubahan dan perubahan yang sebenar tidak akan berlaku dengan hanya perubahan pemimpin,dari seorang pemimpin diktator kepada pemimpin diktator yang lain.Perubahan sebenar juga tidak akan berlaku dengan hanya dengan perubahan dari sistem pemerintahan diktator kepada sistem kufur.Perubahan yang sebenar hanya akan terjadi apabila sistem kufur yang sedia ada digantikan dengan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah.Inilah perubahan yang diperlukan oleh rakyat Syria.Dan perubahan ini tidaklah akan dapat dicapai selagi umat Islam bergantung harap kepada PBB,AS,Eropah,Liga Arab mahupun OIC.Perubahan sebenar hanya akan dapat dicapai apabila umat Islam bergerak dan berjuang untuk menegakkan Khilafah,sebuah Negara Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya di dalam pemerintahan.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mendoakan kebaikan untuk bumi Syam.Rasulullah SAW juga telah menjanjikan khabar gembira bahawa Khilafah suatu haru nanti akan tegak di bumi Syam.Maka berjuanglah wahai ahlu ( penduduk ) Syam dan usunglah khabar gembira ini sehingga ke liang lahad kalian.Insya Allah apabila fajar Khilafah telah menyingsing,kesedihan yang kalian hadapi akan segera berakhir dan cahaya kemenangan Islam akan kembali menerangi langit dan alam buana ini seperti mana yang telah dijanjikan Allah Azza wa Jalla.Allah SWT telah pun memberikan khabar gembira buat orang-orang yang beriman bahawa,"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka,sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka tetap menyembahKU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKU dan barangsiapa yang ( tetap ) kafir sesudah ( janji ) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik".[TMQ an -Nur (24):55].
Peranan AS Dalam Krisis Di Syria
Pemerintaha Bashar di Syria adalah atas restu AS.Fokus AS kebelakangan ini adalah untuk menyediakan alternatif ( pengganti ) kepada Bashar dan bukan lagi untuk "menyimpan" Bashar.Ini kerana,sebagai pemerintah,Bashar telah gagal menstabilkan kuasanya yang sekaligus bermakna beliau telah gagal untuk memenuhi kepentingan AS di rantau tersebut.AS khuatir sekiranya ia mengarahkan Bashar untuk melepaskan jawatan sebelum ada pengganti yang setia kepada AS,terdapat pihak lain yang mungkin akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bashar.Pihak ini mungkin merupakan pemerintah yang ikhlas atau mungkin juga merupakan ejen kepada Eropah,khususnya UK.Oleh yang demikian,AS terpaksa memberikan Bashar peluang dengan apa cara sekalipun untuk kekal di kerusi pemerintahan,sementara AS pada masa yang sama mencari penggantinya yang sesuai.AS sedang berusaha untuk meletakkan pengganti Bashar melalui 2saluran.Pertama,melalui Majlis Kebangsaan Syria dan AS telah "menyerahkannya" kepada Turki secara langsung.Kedua,melalui Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan yang mana AS telah "menyerahkannya" kepada Iran.Namun begitu,kedua-dua entiti ini masih belum mencapai kesepakatan yang membolehkan mereka mengawal keadaan sekiranya kuasa diserahkan kepada mereka sekarang.Oleh yang demikian,AS cuba untuk menggabungkan keduanya melalui sebuah perjanjian kerjasama,dengan harapan perjanjian kerjasama tersebut dapat memberikan mereka momentum yang cukup dan seterusnya memberikan mereka sokongan yang kuat dari rakyat Syria dan juga negara-negara Arab lainnya.
Bashar Al-Assad
Nabil Al-Arabi,Setiausaha Liga Arab telah pun menjalankan tugasnya dalam hal ini dan telah berjaya di dalam proses penandatanganan perjanjian di antara mereka pada 30/12/2011.Ia sebenarnya telah ditandatangani terlebih dahulu oleh Burhan Khaluon bagi pihak Majlis Kebangsaan dan Haytham Manna bagi pihak Jawatankuasa Penyelaras.Bagaimanapun,'respon' rakyat terhadap mereka dalam hal ini adalah berupa pemberontakan di jalanan yang terus berlaku,yang telah menyebabkan Al-Arabi dan Kaluon berputus asa.Memandangkan ini merupakan inisiatif AS untuk menguji sejauh mana rakyat menerima keterlibatan kedua-dua entiti ini dalam rangka mencari pengganti kepada Assad dengan cara yang paling 'wajar',adalah semakin jelas kepada AS bahawa tidak ada seorang pun,sama ada secara sendiri atau bersama dengan yang lain,yang boleh mengisi kekosongan di dalam pemerintahan Syria dan diterima oleh rakyat.Dalam kes veto oleh pihak Russia di dalam Majlis Keselamatan PBB,ia telah dibuat selepas pertemuan di antara Clinton dan Menteri Luar Russia.Pihak media,beberapa jam sebelum pertemuan tersebut,telahpun mengulas tentang kedudukan Russia yang semakin berlembut sehingga beberapa orang wakil di PBB menyuarakan sikap optimis bahawa Moskow tidak akan menggangu draf resolusi.Namun begitu,sebaik sahaja selesai pertemuan antara Clinton dan Menteri Luar Russia tersebut yang berlangsung di Munich pada 4/02/2012 dan sejurus sebelum undian oleh Majlis Keselamatan pada hari yang sama,nada Russia ternyata telah berubah.Apa yang mungkin telah berlaku adalah seolah-olah Clinton,semasa pertemuan tersebut telah memprovokasi atau melakukan sesuatu sehingga Menteri Luar Russia tidak mengubah posisinya untuk menveto resolusi tersebut-,seolah-olah AS mengarahkan Russia berbuat demikian.
Oleh yang demikian,kita dapat membuat kesimpulan bahawa,sebaik sahaja AS berjaya mendapatkan pengganti,ia akan mengarahkan Bashar untuk berundur dan Bashar tidak akan sanggup untuk mengatakan TIDAK,kerana AS lah yang membawa Assad dan orang-orangnya ke tampuk kekuasaan yang mana selama ini Bashar hanya didokong oleh AS,bukannya oleh rakyat.Oleh itu,sekiranya AS mengarahkan mereka untuk berundur secara serius,mereka tidak boleh menolak.Sehingga masa tersebut tiba,AS memberikan "lampu hijau" kepada Bashar untuk terus melakukan pembunuhan dan kekejaman.Nampaknya,alternatif untuk Bashar sudah semakin dipersiapkan.Pergerakan Majlis Kebangsaan telah menjadi semakin dinamik dan jika AS berjaya mempengaruhi Majlis Kebangsaan ini,maka kemungkinan besar AS akan melepaskan sokongannya terhadap Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan,menciptakan 2 pihak dalam pemerintahan Syria,Majlis Kebangsaan sebagai pihak pemerintah dan Badan Penyelaras Kebangsaan sebagai pembangkang.
Pengaruh Dan Usaha Eropah
Pengaruh dan kekuatan Eropah khususnya Britan dan Perancis di Syria senantiasa dibendung di sepanjang masa oleh pemerintahan Assad.Oleh itu,peluang mereka untuk menggangu perancangan AS di Syria adalah tipis walaupun tidak diragui bahawa mereka telah mampu untuk sedikit sebanyak menggoncang perancangan AS.Secara zahir,memang kita dapat melihat bahawa AS seolah-olah sehaluan dengan Eropah dalam kata-kata namun amat jelas sekali AS tidak konsisten dan mengimplementasi 'kesepakatan kata-kata' ini.
Nabil Al-Arabi
AS dan ejennya merancang dan menggerakkan kakitangan mereka agar melewat-lewatkan pengunduran Bashar bagi membolehkan mereka mempersiapkan pengganti untuknya.Eropah dan ejen mereka pula berusaha memanaskan keadaan dan mencari penyelesaian yang dapat mengekalkan pengaruh mereka di Syria dengan pelbagai cara.Antara usaha yang telah dilakukan oleh Eropah adalah seperti penarikan balik para pemerhati mereka dari negara-negara Teluk,atau melalui cadangan dari Menteri Luar Tunisia,Rafiq Abdul Salam pada 12/02/2012,untuk mengadakan persidangan antarabangsa di Tunisia bertemakan 'Sahabat-Sahabat Syria' pada 24/02/2012.Cadangan ini amat dialu-alukan oleh Arab Saudi dan Qatar.Peranan Eropah di sebalik cadangan ini dapat dilihat dengan jelas melalui petikan oleh Associated Press di mana Michael Mann,jurucakap Menteri Luar Kesatuan Eropah mengatakan bahawa Kesatuan Eropah bercadang untuk memainkan peranan aktif di dalam organisasi Sahabat-Sahabat Syria.
Kesemua usaha ini hakikatnya telah diawali oleh pertemuan Majlis Kerjasama Teluk ( Gulf Cooperation Council ) yang mengeluarkan amaran keras melalui Saud Al-Faisal.Ini disusuli pula dengan pertemuan Menteri-Menteri Liga Arab yang banyak dipengaruhi oleh Majlis Kerjasama Teluk.Apa yang nyata,salah satu dari resolusi yang dikeluarkan adalah untuk meminta Majlis Keselamatan PBB agar menghantar pasukan pengaman,yang telah diluluskan dengan segera oleh Kesatuan Eropah walaupun ia hanyalah satu undangan yang dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan.Walaubagaimanapun,perancangan ini gagal akibat tindakan veto.Semua ini menunjukkan bahawa kelantangan suara Eropah di dalam Liga Arab sudah mula termanifestasi,yang sebelum ini tidaklah seberapa,khususnya dalam keadaan di mana AS tidak percaya bahawa suara Eropah akan diterima kerana Eropah dianggap tidak mempunyai kaedah pelaksanaan yang berkesan.
Russia Dan China
Pengumpulan Senjat Oleh Golongan Alawiyyin
Dalam perkembangan terbaru,diberitakan bahawa golongan Alawiyyin mula mengumpulkan senjata di Syria dan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak.Hakikatnya ini adalah tidak lebih dari jamina bagi golongan Alawiyyin untuk mempertahankan diri mereka setelah pengunduran pemimpin mereka.Pengumpulan senjata ini bukanlah bermakna mereka akan mendirikan negara mereka sendiri di tempat mereka tinggal.Ini adalah kerana,sekiranya AS telah meminggirkan mereka,mereka tidak akan dapat mendirikan sebuah negara sendiri walaupun sebahagian dari mereka cuba untuk berbuat demikian.Oleh yang demikian,pengumpulan peralatan senjata tersebut adalah bagi memastika mereka selamat selepas golongan mereka ( Alawiyyin ) tidak lagi memerintah Syria.
Memang benar bahawa golongan Alawiyyin mempunyai cita-cita untuk memerintah negara mereka sendiri yang terpisah dari orang-orang Islam.Mereka pernah meminta dari Perancis agar mereka diberikan sebuah negara yang terpisah selepas kejatuhan Empayar Khilafah Uthmaniyyah.Namun begitu,buat masa ini,cita-cita mereka itu adalah suatu yang tidak mungkin tercapai.
Syria Perlukan Khilafah
Umat Islam di Syria sudah lama menderita di bawah kezaliman rejim Bashar Al-Assad yang diwarisi dari rejim bapanya sebelum itu.Di sepanjang proses kebangkitan yang kita saksikan sekarang,Bashar telah melakukan kekejaman di luar batas kemanusiaan ke atas rakyatnya sendiri.Si Diktator ini terus menerus menyerang dan membunuh rakyatnya tanpa belas kasihan.Dia membedil apa sahaja yang ada dihadapannya tanpa mengira apakah ia seorang wanita yang baru menjadi balu,seorang bayi,mahupun seorang yang telah tua.Kekejamannya telah benar-benar menguji keimanan dan keberanian rakyat Syria.
Namun,di sebalik segala pembunuhan brutal yang dilakukan oleh Al-Assad,kita dapat melihat jauh ke dalam hati para penunjuk perasaan yang tidak mengenal erti takut apatah lagi penat lelah itu,suatu sifat unik yang sungguh memukau.Apakah sifat tersebut?Baik lelaki mahupun wanita di Syria,mereka telah sama-sama memilih jalan kematian daripada menyerahkan diri kepada si zalim tersebut.Tanpa memandang lagi serangan bersenjata oleh tentera Syria yang telah memusnahkan rumah,bangunan,sekolah dan hospital,kaum Muslimin tetap tabah dan bertekad meneruskan protes sehingga mereka melihat si Bashar berundur atau mereka ( kaum Muslimin ) menemui ajal mereka.Mereka tidak lagi akan berpatah balik sehingga jika kematian menjemput mereka sekalipun,mereka sudah yakin bahawa ia adalah kematian yang mulia di sisi Allah SWT.Umat Islam di Syria sudah membuang penyakit wahn ( cinta dunia takut mati ) dari diri mereka.Mereka sudah yakin bahawa syurga itu semakin dekat dengan mereka dan tumpahnya darah mereka itu tidaklah sia-sia selama mana perjuangan mereka adalah semata-mata kerana Allah SWT.
Rakyat Syria benar-benar menginginkan dan memerlukan perubahan dan perubahan yang sebenar tidak akan berlaku dengan hanya perubahan pemimpin,dari seorang pemimpin diktator kepada pemimpin diktator yang lain.Perubahan sebenar juga tidak akan berlaku dengan hanya dengan perubahan dari sistem pemerintahan diktator kepada sistem kufur.Perubahan yang sebenar hanya akan terjadi apabila sistem kufur yang sedia ada digantikan dengan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah.Inilah perubahan yang diperlukan oleh rakyat Syria.Dan perubahan ini tidaklah akan dapat dicapai selagi umat Islam bergantung harap kepada PBB,AS,Eropah,Liga Arab mahupun OIC.Perubahan sebenar hanya akan dapat dicapai apabila umat Islam bergerak dan berjuang untuk menegakkan Khilafah,sebuah Negara Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya di dalam pemerintahan.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mendoakan kebaikan untuk bumi Syam.Rasulullah SAW juga telah menjanjikan khabar gembira bahawa Khilafah suatu haru nanti akan tegak di bumi Syam.Maka berjuanglah wahai ahlu ( penduduk ) Syam dan usunglah khabar gembira ini sehingga ke liang lahad kalian.Insya Allah apabila fajar Khilafah telah menyingsing,kesedihan yang kalian hadapi akan segera berakhir dan cahaya kemenangan Islam akan kembali menerangi langit dan alam buana ini seperti mana yang telah dijanjikan Allah Azza wa Jalla.Allah SWT telah pun memberikan khabar gembira buat orang-orang yang beriman bahawa,"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka,sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka tetap menyembahKU dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKU dan barangsiapa yang ( tetap ) kafir sesudah ( janji ) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik".[TMQ an -Nur (24):55].
Friday, 2 March 2012
Ibu Rayu Bantuan Perubatan Anak |
Shah Alam - Seorang ibu merayu bantuan mengubati anaknya yang mengalami penyakit Congenital Disorder(hanya 180 kes dicatatkan diseluruh dunia),penyakit yang jarang dihidapi didunia.
Hanita Mohd Tahir,43,berharap penyakit anaknya,Nur Suhaila Tujikan,pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 15,Shah Alam akan beransur.Anak ketiga daripada empat beradik itu mempunyai dua rahim,yang salah satunya gagal berfungsi.Akibat kegagalan fungsi,darah haid tidak dapat keluar menyebabkan ianya menjadi bengkak.Doktor mencadangkan salah satu atau kedua-dua rahimnya dibuang."Saya dimaklumkan doktor di Hospital Universiti Sharjah,Dubai berjaya melakukan pembedahan terhadap kanak-kanak berumur 13tahun yang mempunyai kes sama."Justeru besarlah harapan supaya anak saya dapat dirawat,namun kos pembedahan amat tinggi"katanya.
"Kami tidak mampu menampung kos pembedahannya RM60,000 dan tempat tinggal selama 10 hari disana.
Hanita berharap ada pihak sudi menghulurkan sumbangan.
Rakan-rakan,sila forwardkan artikel ini demi membantu Hanita.
Maybank milik Hanita :
112101581281 (Hanita Mohamad Tahir).
Thursday, 1 March 2012
Bakal Barua Terbaru Amerika Syarikat |
Korea Utara selepas kematian pemimpin spiritual mereka,Kim Jong II sudah agak tak berapa nak tegas. Korea Utara hari ini mengumumkan akan menangguh ujian nuklear dan program uranium negara itu bagi mendapatkan bantuan makanan dari Amerika Syarikat (AS), kurang tiga bulan selepas kematian pemimpin Kim Jong-Il,dan Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula.
Berdasarkan rundingan dengan AS minggu lalu, rejim yang diketuai anak lelaki Jong-Il, Kim Jong-Un yang gemuk itu, juga berjanji akan menggantung ujian peluru berpandu jarak jauh dan membenarkan kehadiran pegawai pemeriksa nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.Menurut sumber itu, Korea Utara juga bersetuju meletakkan sistem pemantauan lebih ketat dan jelas bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan.
Persetujuan itu dicapai selepas utusan khas AS untuk hak asasi manusia di Korea Utara, Robert King bertemu dengan Ketua Hal Ehwal Amerika Utara di Kementerian Luar Korea Utara, Khamis lalu dan kelmarin di Beijing.
Penggantungan program pengayaan uranium yang mula didedahkan Korea Utara setahun lalu menjadi tuntutan utama Washington sebelum rundingan enam negara dapat berlangsung.Korea Utara berundur daripada forum enam negara yang turut dianggotai China, Russia, Jepun dan Korea Selatan pada April 2009, sebulan sebelum menjalankan ujian nuklear kedua negara itu.
"Pengumuman hari ini adalah langkah pertama ke arah yang betul," kata Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton, kepada jawatankuasa Senat di Washington. "Sudah tentu AS akan sentiasa memerhati dan menghakimi pemimpin baru Korea Utara itu menerusi tindakannya,” katanya.
Berdasarkan rundingan dengan AS minggu lalu, rejim yang diketuai anak lelaki Jong-Il, Kim Jong-Un yang gemuk itu, juga berjanji akan menggantung ujian peluru berpandu jarak jauh dan membenarkan kehadiran pegawai pemeriksa nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.Menurut sumber itu, Korea Utara juga bersetuju meletakkan sistem pemantauan lebih ketat dan jelas bagi memastikan bantuan makanan sampai kepada golongan yang memerlukan.
Kim Jong Un
Penggantungan program pengayaan uranium yang mula didedahkan Korea Utara setahun lalu menjadi tuntutan utama Washington sebelum rundingan enam negara dapat berlangsung.Korea Utara berundur daripada forum enam negara yang turut dianggotai China, Russia, Jepun dan Korea Selatan pada April 2009, sebulan sebelum menjalankan ujian nuklear kedua negara itu.
"Pengumuman hari ini adalah langkah pertama ke arah yang betul," kata Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton, kepada jawatankuasa Senat di Washington. "Sudah tentu AS akan sentiasa memerhati dan menghakimi pemimpin baru Korea Utara itu menerusi tindakannya,” katanya.
Friday, 24 February 2012
Nike Mercurial Victory II IC | Review
-Bulan lepas nak dijadikan cerita,kasut futsal aku sudah dirabakkan oleh adik aku.Dia pinjam untuk main futsal dengan geng-geng dia.Balik-balik je,tapak kasut aku dah koyak rabak,bersama rabaknye hati aku bila tengok kasut yang dah 3tahun aku guna,dihancurkan dengan sekelip mata oleh beliau.Mungkin dia main futsal jalanan kot,main kat atas tar.Aku pun dengan remuk hati terpaksa beli kasut baru sebab kalau tak ada kasut,mungkin aku akan berkaki ayam ke gelanggang futsal.Apabila mengfutsalkan diri dengan berkaki ayam di court futsal kat kampung aku,mungkin tak ada masalah.Tapi kalau kat sport planet,mungkin aku akan dipandang serong oleh mereka-mereka yang berada di sana.Damn!!
-Pilih punya pilih,terpaksa aku memurtadkan diri.Aku yang dari azali tak pernah terlintas atau berselera pun nak guna Nike,terpaksa berbuat demikian sebab adidas F50i tak ade saiz.Memang damn giler,aku terpaksa memilih competitor nye,Nike Mercurial Victory II IC Green.
Masuk game semalam,dah 3kali aku guna kasut nie.Meh aku review sket ape kelebihan dan kekurangan kasut nie.
Comfort : Agak selesa,sebab,sapa-sapa yang dah familiar guna brand Nike nie,kasut die memang akan kembang ikut berapa besar dan lebar kaki kita.Dengan kata lain,bila kita sarung aje kasut nie,die tak mencengkam kaki sapa-sapa yang agak lebar lah.So,sapa-sapa yang berkaki lebar,memang sesuai beli kasut nie.
Weight : Ringan sangat.Kalau nak speeding tue,tak lah berat kaki melangkah.
Design : Dengan kombinasi hijau pokok pisang dan hijau petronas,kasut nie memang agak stylo lah.Tapi bagi anda-anda yang nak beli kasut nie,mesti sayang nak main ganas-ganas.Nanti takut kasut calar plak.Tapi yang menyedihkan,warna dia tak tahan.Aku dah main 3kali,2kali rembat terseret kat court,lambang "Nike" kat depan kasut tue dah hampir hilang.Nasihat aku,kalau nak main guna kasut nie,elak shoot court ye.Kalau tak,hati anda akan pilu pabila tengok kecacatan kekal kasut stylo anda nie.
Shooting : Kasut nie memang best untuk sapa-sapa yang kaki shooting.Memang meletup-letup lah kat court tu.Sebab,kasut nie ringan.Aku rasa macam tak pakai kasut aje.
Speeding : Memang syok kalau speeding.Tapak die super mencengkam,nak drible pun sangat best.Nak buat zig zag?Boleh sangat.
Price : Nike Mercurial Victory II IC nie ade macam-macam warna.Warna adalah perbezaan ketara,tiada perbezaan design ataupun mekanikal untuk setiap Mercurial yang berlainan warna.Dengan kata lain,kalau beli warna lain,TIADA perbezaan dengan yang hijau nie.Latest Colour,akan lebih mahal.Cuma kalau nak yang murah,jangan beli hijau nie sekarang.Hijau nie warna baru.So,mahal lah sikit.Ade warna pink,hitam dan purple.Harga dalam RM190-RM240.Kalau tunggu sampai pertengahan tahun nie(2012),mungkin boleh dapat murah sikit.
Thursday, 23 February 2012
PlayStation® 3D Display with SimulView™ Technology |
Introducing
SimulView™ Technology
One Display. One Game.
Two Full Screen Views.
Never play split-screen two player mode again. Specially enhanced for gaming, SimulView™* technology delivers two different full HD screen images from a single display, putting players deeper in the game.
Check it out guys.
PlayStation® 3D Glasses
Universally Compatible
The universal** PlayStation® 3D Glasses fully immerse you in the heat of gameplay. With best-in-class active 3D quality and a built-in USB rechargeable battery, the intensity never stops.

3 D G l a s s e s
Subscribe to:
Posts (Atom)