Tuesday, 3 May 2011

Sheikh Osama Bin Laden di bunuh

  -Betul atau tidak,seorang pun tidak tahu.Adakah ini propaganda dari Amerika laknatullah?Cerita sebenar di sebalik yang bernama Osama Bin Laden ini pun masih samar-samar.Ramai percaya watak Osama ini sengaja di cipta pihak berwajib untuk dijadikan kambing hitam ;untuk menutup niat jahat pihak Amerika Syarikat untuk menyerang setiap tanah islam yang dianggap sebagai "ancaman" dalam melunaskan impian menguasai umat islam.
 -Pihak yang di benci oleh Amerika,dan sekutunya ;mungkin dianggap kuat,mengancam,dan juga berupaya dari segala aspek pun,untuk menidakkan usaha mereka,menawan umat islam dari segenap aspek.Pihak ini adalah pihak yang berlainan ideologi,berani mengkritik sesiapa pun,mengamalkan ajaran islam sebenar ;dalam erti kata lain penerapan sepenuhnya ajaran,undang-undang,dan cara hidup berlandaskan islam didalam kehidupan seharian,dan menolak kehidupan pro barat yang sekular ;yang mana di amalkan dikebanyakan tempat didunia termasuklah di negara kita,Malaysia.
 -Pihak-pihak yang di benci Amerika dan barat,sudah pasti di benci juga oleh sesiapa pun yang pro Amerika dan barat.Jika apa-apa pun yang berkaitan dengan Osama ini benar,termasuklah tentang pembunuhan beliau ini ;ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang islam yang sejati.Pihak-pihak seperti Mahmoud Ahmadinejad dari Iran,Muammar Gaddafi dari Libya,Allahyarham Saddam Hussein dari Iraq,Allahyarham Yasser Arafat dari Palestin dan ramai lagi,telah pun menzahirkan rasa benci yang meruap-ruap bangsa arab terhadap pihak Amerika dan barat.Kebangkitan dunia arab yang akan lebih islamik dari segala aspek juga telah terbukti baru-baru ini.
 -Pelbagai slot bantahan/rusuhan anti kerajaan ;yang diketuai oleh pak arab yang pro barat,telah ditumbangkan oleh rakyat yang mahukan perubahan.Ini juga membuktikan bahawa,selama manapun usaha yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu untuk menguasai islam tidak akan berjaya sepenuhnya.Walaupun mungkin sekarang hampir 80% umat islam didunia telah dikuasai oleh barat dan kafir ;penguasaan dari segi cara hidup,pemakanan,pertuturan,fahaman dll,tetap tidak mampu untuk menguasai sebilangan kecil umat islam yang sangat menitikberatkan fahaman islam dalam kehidupan seharian,yang sekaligus menolak cara hidup ala barat yang bertentangan dengan ajaran islam.
 -Dan percayalah,walau apapun cerita yang terjadi kepada Osama Bin Laden,ia tetap tidak menggugat semangat para pejuang sejati islam,dalam menegakkan dan membela agama islam yang semakin ditindas dan diperkotak-katikkan oleh barat dan sekutu.Gugurnya seorang Osama,beribu-ribu Osama pasti akan muncul.Barat dan sekutu ;perlu berusaha sekeras-kerasnya jika berhajat untuk menguasai minoriti umat islam sejati ini.Allahuakbar!!





 Al Fatihah.



Tapi..

Macam tipu je gambar nie.Sama plak struktur mulut dia sepanjang mase ye.
Wallahualam.

No comments: